IPOH: Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Teluk Intan ditahan, kerana disyaki mencabul kehormatan seorang murid tahun satu di hadapan sebuah kelas, dalam satu kejadian di sekolah tersebut.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata polis bertindak menahan lelaki tempatan berusia 45 tahun itu semalam, setelah menerima laporan daripada rakan setugas suspek.
"Kejadian berlaku pada jam 6.30 pagi semalam sewaktu pengadu sedang meronda di kawasan sekolah tersebut.
"Menurut pengadu, suspek telah bertindak memeluk dan mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan yang berusia tujuh tahun di hadapan kelas sekolah tersebut, sebelum menahan suspek pada hari yang sama di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Adnan berkata menurut mangsa, suspek telah beberapa kali melakukan perbuatan mencabul mangsa di sekolah yang sama dan hasil soal siasat awal yang dijalankan ke atas suspek, dia mengaku terlibat dengan perkara tersebut.
Beliau berkata suspek kini direman enam hari bermula hari ini sehingga 6 Feb, untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Polis bertindak menahan lelaki tempatan berusia 45 tahun itu semalam, setelah menerima laporan daripada rakan setugas suspek. - Gambar hiasan
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Pengarah syarikat tiada rekod, bukti dakwaan bagasi RM500,000 milik mereka
Seorang pengarah syarikat kayu balak yang mendakwa pemilik bagasi mengandungi wang RM500,000 yang ditemui di pusat beli-belah di Damansara pada 19 Mac lalu sudah tampil memberi keterangan.
Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dari tingkat 21 kondominium
Kanak-kanak lelaki warga asing berusia lima tahun maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang dari tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai di sini pada Rabu lepas.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.
Wanita dihalang bertemu doktor kerana pakai seluar pendek
Menerusi perkongsian wanita berkenaan dalam aplikasi X atas nama Carol Yong, kejadian tersebut berlaku semasa dia mempunyai janji temu bersama doktor dengan segera.
Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba dan memegang bahagian kemaluan mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah rendah.
Pengawal keselamatan sekolah cabul murid darjah satu ditahan
Polis bertindak menahan lelaki tempatan berusia 45 tahun itu semalam, setelah menerima laporan daripada rakan setugas suspek.
Batal lesen syarikat gaji pengawal keselamatan tanpa permit kerja sah - PIKM
Menurut PKIM, tindakan syarikat yang menyediakan pengawal keselamatan warga asing haram ini, akan membahayakan nyawa masyarakat.
KDN tahan 10 pengawal keselamatan warga asing
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan 10 warga asing kerana disyaki bekerja sebagai pengawal keselamatan tanpa permit kerja yang sah dalam operasi di tujuh lokasi sekitar Lembah Klang.
Bekas pesakit mental ditahan bantu siasatan kes pengawal keselamatan maut
Polis menahan seorang lelaki yang juga bekas pesakit mental bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan yang ditemukan maut di sebuah tapak pusat perkhemahan Gunung Lang, di sini awal pagi
Pengawal keselamatan disiasat tidak sengaja lepaskan tembakan di institusi kewangan
Siasatan mendapati pengawal keselamatan itu yang menggunakan pump gun telah melepaskan satu das tembakan ke arah lantai menyebabkan cermin pintu masuk pecah.